MY SITE
  • HOME
  • ABOUT ME
  • BLOG PENDIDIKAN
  • TUGASAN
  • REFLEKSI
  • HOME
  • ABOUT ME
  • BLOG PENDIDIKAN
  • TUGASAN
  • REFLEKSI

Postur badan ketika berlari

2/19/2022

0 Comments

 
Picture
​tahukah anda dengan memperbaiki postur tubuh ketika berlari dapat membantu anda berlari lebih baik, baik dari segi kelajuan, penjimatan tenaga, mengurangkan stres pada tubuh, dan mencegah kecederaan. Berikut adalah tips berlari dengan postur yang betul.
 
1. Lihat kedepan
Fokuskan mata ke permukaan tanah sekitar 3-6 meter di depan anda. Jangan menatap kasut. Berlari dengan sudut pandang ini juga merupakan cara selamat untuk menghindari daripada anda terlanggar sesuatu semasa berlari ataupun tersandung. Dengan melihat kedepan juga menjadikan keseimbangan tubuh lebih baik.
 
2. Mendarat dengan bagian tengah kaki
Elakkan daripada mendarat dengan tumit (heel striker) atau dengan jemari kaki. Mendarat dengan bagian kaki terlalu depan dapat membuat betis cepat penat dan boleh menyebabkan Shin splints.
Mendarat dengan tumit pula akan menyebabkan kaki akan mengayun jauh ke depan tubuh (overstride) – menghabiskan terlalu banyak tenaga dan juga meningkatkan risiko kecederaan. Teknik yang betul adalah mendarat dengan bagian tengah telapak kaki (midfoot) dan gulirkan telapak kaki kearah jemari.
 
3. Arahkan kaki lurus kedepan
Pastikan jari kaki mengarah kearah yang anda tuju. Berlari dengan hujung kaki mengarah ke dalam atau ke luar boleh menyebabkan kecederaan.
 
4. Tangan di pinggang
Posisikan tangan di ketinggian pinggang, di bahagian dimana tangan dapat bersentuhan ringan dengan pinggul. Lengan harus membentuk sudut 90 derajat. Pelari amatur cenderung meletakkan tangan mereka terlalu tinggi di ketinggian dada, terutama ketika mereka mulai lelah. Sebenarnya posisi ini akan membuatkan anda lebih cepat penat dan anda akan merasakan ketegangan di bahu dan leher.
 
5. Lembutkan tangan
Ketika berlari, tangan dan lengan harus dalam keadaan rileks. Anggaplah seperti anda sedang menggenggam telur dan jaga telur tersebut agar tidak jatuh namun juga tidak  pecah di dalam genggaman anda. Jangan keraskan tangan karena akan mengakibatkan lengan, bahu dan leher menjadi tegang.
 
6. Postur tegak
Bagian atas badan harus lurus dan tegak. Kepala tegak,  punggung lurus, dan bahu seimbang. Jaga bahu agar tidak  bergerak meninggi kearah telinga dan panggul dalam posisi neutral. Usahakan agar tubuh tidak menekuk ke depan atau belakang dari titik pinggang – postur yang sering terjadi jika tubuh mulai merasa letih. Ingatkan dirimu untuk sesekali sedar akan keadaan postur badan ketika berlari. Jika anda merasa mulai letih dan menyedari postur tubuh anda mulai membungkuk, bukakan dada dan kembali ke  postur ideal.
 
7. Bahu dalam keadaan santai
Hindari ketegangan pada bahu. Batu perlu dalam keadaan santai dan lurus menghadap ke depan, tidak membungkuk. Menekuk bahu terlalu ke depan dapat membuatkan dada tegang dan memberi kesan pada pernafasan.
 
8. Gerakan lengan dari bahu
Lengan harus diayun ke depan dan belakang melalui sendi bahu, bukan sendi siku.
 
9. Jangan memantul
Jaga langkah agar rendah dekat dengan permukaan tanah dan usahakan untuk melangkah dengan frekuensi yang cepat. Gerakan kaki yang terlalu memantul ke atas dan ke bawah cenderung menghabiskan terlalu banyak tenaga dan akan memberikan stres yang terlalu intens pada tubuh di bahagian bawah. Melangkahlah dengan gerakan cepat,  pendek, dan ringan – seakan anda sedang berjalan di permukaan bara panas. Semakin tinggi anda mengangkat kaki dari atas tanah, semakin besar impak yang harus diserap oleh kaki ketika mendarat. Hal ini menyebabkan badan cepat penat dan dapat menyebabkan kecederaan.
 
10. Letakkan lengan di sisi tubuh
Jangan mengayunkan tangan ke samping. Jika lengan anda melebihi batas tengah dada, anda akan cenderung membungkuk dan mengurangi kecekapanpernapasan. Bayangkan ada garis vertikal membelah badan anda tepat di tengah, tangan anda tidak boleh melebihi garis tersebut.
 
0 Comments

Introducing to running.

2/18/2022

0 Comments

 
Picture
Berlari adalah percuma, anda boleh melakukannya di mana-mana sahaja, dan ia membakar lebih banyak kalori daripada senaman yang lain. Berlari secara konsisten boleh mengurangkan risiko penyakit jangka panjang, seperti penyakit jantung, diabetes dan strok. Ia juga boleh meningkatkan mood anda dan membantu mengawal berat badan.

secara umumnya terdapat 5 jenis acara larian yang popular di Malaysia:

1. Road Run
Bagi yang baru pertama kali mahu berjinak-jinak dengan aktiviti larian, anda boleh mencuba Road Run larian biasa dahulu. Untuk larian ini, anda akan berlari di atas jalan tar. Terdapat pelbagai kategori yang boleh disertai antaranya 5km (lebih dikenali sebagai Fun Run), 10km, 21km (Half Marathon), 42 km (full marathon) dan 50km keatas (Ultra Marathon)
Biasanya, minuman akan disediakan oleh pihak penganjur di "water station" yang terletak kira-kira setiap 3km sepanjang jalan larian. untuk keselamatan pelari, penganjur selalunya akan menutup sebahagian jalan dan mendapatkan bantuan polis trafik. Untuk kategori 10km dan keatas, biasanya pasukan medik juga disediakan oleh penganjur untuk keselesaan pelari.

Antara acara Road Run popular yang terdapat di Malaysia
1. Standard Chartered Kuala Lumpur (SCKLM)
2. Penang Bridge International Marathon (PBIM)
3. Shah Alam Half Marathon (SAHM)
4. Perlis Marathon
5. Putrajaya Night Marathon (PNM)

​
2. Trail Run
Bagi yang inginkan lebih cabaran, anda juga boleh menyertai Trail Run. Untuk kategori Trail Run, adakalanya peserta akan berlari di dalam hutan, ladang kelapa sawit dan pelbagai bentuk muka bumi. Ada juga acara trail run yang menghendaki peserta untuk mendaki dan juga mengharungi sungai.
Untuk Trail Run, kasut yang sesuai haruslah digunakan. Kasut larian biasa kurang sesuai digunakan memandangkan peserta akan berlari di pelbagai jenis permukaan berbatu dan licin. kasut trail run biasanya mempunyai tapak yang lebih tebal, keras dan mempunyai lebih cengkaman.
Antara acara Trail Run popular yang terdapat di Malaysia adalah:
1. King of kg Kemensah (KOKK)
2. Penang Eco 100
3. The Magnificient Merapoh Trail (TMMT)
4. Borneo Ultra Trail Marathon (BUTM)
5. The Most Beautiful Thing (TMBT)


3. Colour Run
Untuk Colour Run, peserta akan dibaling dengan serbuk warna-warni sepanjang larian. Pastikan anda menyediakan baju lain untuk ditukar sejurus selepas tamat larian. Larian untuk Colour Run selalunya lebih kepada aktiviti Fun Run dimana jaraknya adalah pendek, sekitar 3km - 5km sahaja.
Bagi yang ingin berseronok sambil berlari bersama keluarga dan rakan-rakan, acara larian Colour Run mungkin untuk anda.

4. Obstacles Run (Larian Berhalangan)
Obstacles Run merupakan acara larian yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk Obstacles run, selalunya peserta akan berlari dan mengharungi halangan-halangan yang disediakan disepanjang larian. Halangan-halangan yang perlu ditempuhi adalah pelbagai dimana peserta perlu berlari, merangkak, memanjat dan sebagainya. Bagi yang menyertai Obstacles run, Pastikan anda memakai pakaian yang gelap dan membawa pakaian lebih untuk ditukar selepas larian.
Antara acara Obstacle Run popular yang terdapat di Malaysia adalah:
1. Viper challenge 
2. Spartan Race


5. Towerthon
Bagi yang inginkan kelainan, boleh mencuba Towerthon. Peserta selalunya dikehendaki berlari beberapa kilometer di jalan raya sebelum mendaki ke puncak bangunan menggunakan tangga. Antara acara Towerthon popular di Malaysia yang diadakan pada setiap tahun adalah KL Towerthon, dimana peserta akan berlari menggunakan tangga ke puncak Menara Kuala Lumpur.

0 Comments
    RAFIQQI
    FARAHIN
    AINA SHAFIRA
    FAIEZIN
    CYNTHIA
    AISYAH
    NURATIKAYANAH
    ZAKIRAH
    SHAZWAN AZIZI
    HUMAIRAA
    MASHITAH
    MASDANIAR
    ​IZZUL RAZLAN
    ​SUHAFIZAH  
    SYAHIRAH
Powered by Create your own unique website with customizable templates.